• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95% Pesakit Dirawat Secara Tradisional Di Hubei Sembuh

oleh
27/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 95 peratus pesakit koronavirus (Covid-19) yang dirawat menggunakan kaedah perubatan tradisional Cina di Wilayah Hubei, China sembuh daripada penyakit itu, kata Ketua Pakar Perubatan dan Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional Cina Wilayah Guangdong, Dr Li Jun.

Dr Li yang mengetuai tujuh pakar perubatan lain dari China dalam misi berkongsi pengalaman memerangi wabak Covid-19 ke Malaysia berkata, kaedah perubatan tradisional itu turut digunakan dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 di wilayah tersebut.

Berkongsi pengalaman merawat pesakit Covid-19 di China, beliau berkata, pihaknya sentiasa mengkaji keberkesanan pelbagai jenis ubat-ubatan termasuk vaksin yang digunakan bagi mengubati wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003 dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (Mers-Cov) pada 2012.

“Pada awalnya kami menjangkakan ubat-ubatan ini berkesan hasil daripada pengalaman wabak SARS dan Mers-Cov, namun apabila digunakan untuk Covid-19, ia sebaliknya menunjukkan kesan sampingan terhadap sesetengah pesakit.

“Walaupun masih belum ada lagi vaksin untuk Covid-19, namun buat masa sekarang, ubat tradisional Cina digunakan secara meluas untuk merawat simptom seperti demam, batuk ataupun masalah pencernaan bagi pesakit di China.

“Ia juga sekali gus dapat mengurangkan penggunaan mesin bantuan pernafasan memandangkan ubat tradisional terbukti dapat melancarkan sistem pernafasan dan pencernaan pesakit Covid-19 kronik yang terlantar lama di wad,” katanya ketika wawancara khas ‘Pocket Times’ anjuran Sin Chew Daily secara langsung di sini.

Turut hadir, Ketua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Dr Wen Miaoyun dan Ketua Juruteknik bidang virologi merangkap Timbalan Pengarah Pejabat Pengajian Am Institut Kesihatan Awam Guangdong, Dr Sun Jiufeng.

Dr Li berkata, pengalaman mengenai keberkesanan ubat tradisional di China merawat pesakit Covid-19 turut menarik perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengekang wabak itu di negara ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

“Namun pengalaman dan cara yang kami lakukan di China itu hanya sebagai panduan kepada negara lain dan pelaksanaannya perlu berpandukan kepada keadaan serta keperluan negara itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian pasukan itu di Malaysia sejak Sabtu lalu, pihaknya mendapati kerajaan Malaysia telah melakukan langkah-langkah pencegahan yang tepat dan berkesan.

“Kami telah mengadakan dialog dengan KKM, hospital, pusat penyelidikan serta beberapa jabatan kesihatan dan mendapati Malaysia telah mampu mengawal wabak ini dengan berjaya apabila beberapa hari ini telah menunjukkan penurunan kes positif yang ketara.

“Namun bagi mengelak wabak kembali menjadi serius, rakyat perlu bekerjasama erat dengan kerajaan dalam meningkatkan pemeriksaan kesihatan, mempercepatkan proses kuarantin dan rawatan selain mengamalkan kebersihan diri serta jarakan sosial,” katanya.

Dr Li berkata, buat masa ini, China mempunyai tiga pasukan yang melakukan percubaan vaksin dan telah memasuki fasa kedua ujian klinikal.

“Bagi menghasilkan sesuatu vaksin, biasanya perlu mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun, namun China berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan kemajuan penelitian vaksin.

“Vaksin itu perlu dihasilkan secepat mungkin memandangkan ia merupakan satu keperluan yang tidak boleh dilengah-lengahkan kerana wabak itu merebak dengan cepat di kebanyakan negara di seluruh dunia,” katanya.

Pasukan perubatan China yang terdiri daripada lapan pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, cawangan Guandong itu tiba di Malaysia pada Sabtu lalu dan akan berada di negara ini selama dua minggu untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam memerangi Covid-19. 

Tags: ChinaCovid-19hubeikoronavirusperubatan tradisional
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd