• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanglung Rai Ramadan Di Palestin

oleh
24/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA CITY – Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza tetap bersedia menyambut kedatangan 1 Ramadan walaupun dalam keadaan ekonomi merosot akibat penularan Covid-19.

Namun, Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza mengisytiharkan darurat pada 22 Mac lalu dengan melaksanakan sekatan pergerakan.

Sejak itu, semua masjid, universiti, sekolah dan restoran ditutup manakala perhimpunan di tempat awam dilarang terutama di pasar.

Agensi berita Xinhua melaporkan suasana berbeza kali ini apabila tidak ramai yang menghias jalan dan rumah dengan tanglung yang menjadi kelaziman apabila tibanya Ramadan.

Dalam usaha mengurangkan kesan psikologi berikutan situasi semasa, ahli psikiatri Gaza, Sami Foad dari kem pelarian Nuseirat mengajar kanak-kanak membuat tanglung secara dalam talian.

Idea itu tercetus selepas puluhan ibu bapa mengadu mengenai kesan psikologi terhadap anak mereka yang lama tinggal di rumah.

“Tanpa tanglung, anak tidak merasakan suasana Ramadan dan mereka tidak dibenarkan membelinya di kedai kerana darurat.

“Jadi, idea ini dilaksanakan dalam persiapan menyambut Ramadan dan membantu mereka membebaskan aura negatif dengan melakukan perkara bermanfaat,” katanya.

Menurut Foad, dia menghabiskan berjam-jam di platform Skype untuk berhubung dengan ratusan kanak-kanak bagi mengajar mereka membuat tanglung.

“Aktiviti ini bukan sekadar mengatasi situasi getir sekarang, tetapi juga mendorong anak menggunakan bahan di rumah untuk membuat mainan yang mereka minati,” kata Foad.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Tags: Covid-19Palestinramadantanglung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd