• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul Ke.. Polis Tiada Kuasa Halang #KitaLawan?

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perhimpunan bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, #KitaLawan sebagai haram.

BERKAITAN: Jangan Sertai Perhimpunan Haram Sabtu Ini – Polis

Ketua Biro Pendidikan Politiknya, Melissa Sasidaran mendakwa, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah tidak sedar tentang kes `landmark Nik Nazmi lawan Pendakwa Raya’ yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014.

‘Kes itu memutuskan peruntukan seksyen 9(5) APA (Akta Perhimpunan Aman) 2012 yang menyatakan bahawa seseorang penganjur perhimpunan aman jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 sekiranya tidak memberi notifikasi 10 hari sebelum perhimpunan bukan lagi undang-undang yang boleh dikuatkuasa kerana telah diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan dan oleh itu tidak sah dan batal.

“Mahkamah Rayuan juga telah memutuskan bahawa suatu perhimpunan aman tidak boleh dijenayahkan melalui undang-undang,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Melissa mendakwa, APA 2012 langsung tidak memberi kuasa kepada pihak polis untuk mengisytiharkan mana-mana perhimpunan sebagai haram dan oleh itu sebarang percubaan untuk menyekat perhimpunan aman #KitaLawan di luar batasan kuasa polis.

Malah, dakwanya, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk membantu perjalanan perhimpunan #KitaLawan.

Mynewshub semalam melaporkan penyokong Anwar yang dipenjarakan selama lima tahun kerana kesalahan meliwat seolah-olah mahu mencabar pihak polis ekoran berdegil mahu mengadakan perhimpunan di tengah-tengah ibu kota iaitu di hadapan pasar raya Sogo pada 7 Mac ini.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Perhimpunanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd