• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Milik UMNO Kedah, Habib Jewel Belum Dipulangkan

oleh
21/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANG milik Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah (UMNO Kedah) dan Habib Jewel Sdn Bhd masing-masing berjumlah RM1.05 juta dan RM100,000, yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masih belum dipulangkan kepada entiti terbabit.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Rashid Sulaiman, ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya wang tersebut masih belum diserahkan kepada mereka (Umno Kedah dan Habib Jewels disebabkan ada permohonan penangguhan oleh pihak pendakwaan.

Dua entiti terbabit didakwa menerima wang daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dipercayai berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mahyuddin Md Som menetapkan 9 Jun depan untuk pengurusan kes bagi permohonan pihak pendakwaan untuk penangguhan perintah Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM1.15 juta yang disita daripada dua entiti berkenaan.

Pada 13 Disember tahun lalu, Hakim Mohd Nazlan Moh Ghazali menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak harta tersebut, berdasarkan pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes pelucutan hak terhadap kedua-dua entiti itu.

Pada Jun tahun lalu, SPRM memfailkan perlucutan hak harta terhadap 41 entiti, yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan bagi mendapatkan semula RM270 dana berkaitan 1MDB.

Tags: 1MDBhabib jewelsUMNO Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd