• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Dobi, Barangan Elektrik, Logam Dibenar Beroperasi

oleh
17/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan tiga sub sektor tambahan dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang berakhir 28 April ini.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, tiga sub sektor berkenaan ialah kedai barangan logam, kedai barangan elektrik dan elektronik (tidak termasuk kedai peralatan telekomunikasi dan peralatan ICT) serta perkhidmatan dobi penuh.

“Semua permohonan bagi sub sektor tambahan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) secara dalam talian di laman sesawang www.miti.gov.my /https://application.miti.gov.my.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Hanya permohonan yang menepati syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) dan lengkap akan dipertimbangkan. Permohonan yang diterima selain daripada melalui portal tersebut tidak akan diproses,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, syarikat di bawah subsektor tambahan itu yang ingin mengemukakan permohonan hendaklah memastikan lokasi operasi syarikat tidak berada di zon merah dan kuning atau yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan garis panduan lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan dari semasa ke semasa.

“Kegagalan syarikat untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta,” katanya.

Dalam pada itu, Alexander berkata, syarikat yang menjalankan aktiviti rantaian pembekalan makanan, e-dagang serta perkhidmatan pengedaran yang menerima pengesahan kebenaran daripada KPDNHEP sebelum atau pada 14 April lalu tidak perlu mengemukakan permohonan baharu dan boleh meneruskan operasi sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

“Surat kelulusan yang dikeluarkan sebelum ini masih berkuat kuasa dan terpakai.

“Permohonan aktiviti rantaian pembekalan makanan, e-dagang dan perkhidmatan logistik dikemukakan kepada KPDNHEP sebelum ini dan masih belum terima pengesahan kebenaran untuk beroperasi, boleh buat permohonan baharu secara dalam talian di laman sesawang www.miti.gov.my,” katanya. 

Tags: barangan elektrikbarangan logamCovid-19Kedai Dobiperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd