• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP Fasa Ketiga Sudah Diwartakan

oleh
16/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang bermula semalam sudah diwartakan.

Sehubungan itu, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan polis mempunyai kuasa untuk membuat tangkapan pihak yang melanggar arahan.

Katanya, ia berikutan penyebaran berita palsu mendakwa PKP fasa ketiga tidak diwartakan, sekali gus menimbulkan tanggapan umum polis tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kerajaan memandang serius penularan berita palsu. Dua hari lalu ada pihak mendakwa PKP fasa ketiga tidak diwartakan sedangkan jelas ia sudah diwartakan.

“Berita palsu itu mendakwa oleh kerana PKP fasa ketiga tidak diwartakan, polis tidak ada kuasa membuat tangkapan. Ini sebenarnya berita palsu dan kita akan ambil tindakan terhadap pihak menyebar berita palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat menteri mengenai PKP akibat penularan COVID-19 di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat berita palsu mengenai PKP yang tersebar.

Setakat ini, katanya, sebanyak 220 kertas siasatan berkaitan berita palsu menangani COVID-19 dibuka dengan 152 kes masih dalam siasatan, 24 kes sudah dituduh di mahkamah dan 13 orang mengaku salah. – BH Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd