• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Ingkar PKP Boleh Hilang Keistimewaan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjawat awam dan pesara kerajaan yang dikenakan tindakan undang-undang kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal berdepan kemungkinan kehilangan segala keistimewaan dinikmati selama ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat, berkata ia termasuk perkhidmatan, bayaran gaji, elaun atau wang persaraan.

Menurut beliau, tidak ada mana-mana individu boleh terlepas dari tindakan undang-undang, walaupun sedang berkhidmat atau bersara daripada perkhidmatan.

“Penjawat awam dan pesara perlu mengetahui bahawa kita semua tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang walaupun sedang atau sudah berkhidmat untuk negara dan kerajaan.

“Segala keistimewaan yang dinikmati seperti perkhimatan, bayaran gaji, elaun atau wang persaraan mungkin akan ditarik balik sekiranya didapati bersalah melanggar undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Adnan berkata, penjawat awam dan pesara adalah contoh kepada masyarakat, justeru pematuhan terhadap undang-undang perlu dititik berat.

“Ketika ini negara memasuki fasa ketiga PKP yang dilaksanakan bagi mencegah penularan coronavirus (COVID-19).

“CUEPACS ingin menekankan sekali lagi kepada semua warga penjawat awam serta pesara kerajaan supaya sentiasa mematuhi PKP, setiap tindakan yang dilakukan memberi impak kepada arahan dan dasar yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya. – BH Online

Tags: CuepacsPenjawat Awamperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd