• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sajat Mohon Maaf Isu Pondan Tak Kena Corona

oleh
15/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Nur Sajat meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung berikutan video tular yang memaparkan dirinya bercakap mengenai belum ada pondan terkena wabak Covid-19.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ketika dihubungi menjelaskan video itu sengaja disunting pihak tidak bertanggungjawab dengan niat membangkitkan kemarahan orang ramai.

“Saya tahu disebabkan video itu ramai marah termasuk ustaz. Jadi, saya minta maaf. Cuma, ingin dijelaskan apa yang ditularkan itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya petikan itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan pondan pembawa Corona (Covid-19). Malah, soalan sama ditanya berulang kali yang sengaja nak buat provokasi.

“Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun. Malah, asal wabak ini pun dari mana. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca. Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Corona. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan,” katanya kepada Harian Metro.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurut Sajat, dia tidak pernah lagi membuat video siaran langsung semata-mata nak bercakap mengenai isu itu.

“Bagi yang selalu menonton IG ‘live’ saya mesti tahu dan sedia maklum soalan yang dilemparkan netizen.

“Macam video yang tular ini, saya buat ‘live’ bukan semata-mata nak bercakap isu itu. Kalau betul hanya isu terbabit, kenapa versi pendek saja ditularkan? Kenapa tak letak yang penuh?

“Disebabkan itu, kena tengok versi penuh video baru anda faham,” katanya.

Terdahulu, video yang tular di Internet dan media sosial itu mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial.

Sekali gus mendapat teguran daripada pelbagai pihak termasuk penceramah, Ustaz Husam. – myMetro Online

Tags: Covid-19koronavirusMuhammad SajjadNur SajatPondan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd