• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Maafkan Saya Polis, Saya Menyesal”

oleh
15/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – “Saya betul-betul menyesal dan tak akan ulangi kesilapan yang sama, maafkan saya polis… saya akan jadikan ia sebagai pengajaran bermakna,” kata Nursahira Mohd Mizuar, 20.

Itu luahan penyesalan Nursahira yang dituduh menghina polis menerusi Facebook pada 27 Mac lalu dan berjanji akan mengubah kelakuan menjadi wanita yang lebih baik.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar, Khamis lalu yang membenarkan permohonan Nursahira menangguhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 ibarat peluang kedua kepada wanita itu.

Mahkamah Sesyen pada 31 Mac lalu, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan selepas Nursahira mengaku bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik melalui aplikasi Facebook dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Dia gagal membayar denda berkenaan menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tambahan dua bulan ke atasnya.

Nursahira berkata, sifat marah dan suka meluahkan perasaan di media sosial perlu dielakkan kerana ia boleh memberi kesan negatif dalam hidup.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Kejadian ini menyedarkan saya bahawa sikap mudah marah boleh memakan diri, jadi saya harap orang ramai di luar sana tidak melakukan kesilapan yang sama seperti saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kiara Mas, di sini, hari ini.

Kisah Nursahira yang ditahan selepas memuat naik komunikasi jelik melalui Facebook terhadap anggota polis tular di media sosial dan mendapat perhatian umum.

Nursahira dikatakan marah dengan tindakan polis yang mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops COVID-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul di Pendang pada 27 Mac lalu.

Kes Nursahira mendapat perhatian usahawan Muhamad Azlan Abdullah @ Ali dari Besut, Terengganu, yang bersimpati dengan keluarga Nursahira dan beliau bersedia menjelaskan kos guaman sehingga kes itu selesai, selain menjelaskan wang ikat jamin gadis itu sebanyak RM5,000.

Muhamad Azlan berkata, tindakannya membantu gadis itu bukanlah kerana bersetuju dengan perbuatan menghina pihak berkuasa, sebaliknya mahu kes itu menjadi iktibar kepada semua pihak bahawa jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada sesiapa sahaja.

“Saya cuma bantu kerana fikir mungkin masa tu Nursahira tak sedar akibat perbuatannya, tambahan pula ayah Nursahira beritahu anaknya sedikit ‘istimewa’ dan memang tidak boleh berkasar kerana dia akan memberontak dalam diam.

“Dalam keadaan sekarang tugas anggota dan pegawai polis sangat mencabar dan susah payah pihak berkuasa dalam usaha mengekang penularan COVID-19 sangat dihargai, jadi janganlah sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka, seeloknya kita beri kerjasama yang baik kepada semua pihak,” katanya. – BH Online

Tags: hina polisOp Covid-19PDRMperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd