• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8,647 Individu Ditahan Sepanjang PKP, 3,105 Dikompaun

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 8,647 individu ditahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara sejak 18 Mac lalu sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,105 individu dikenakan kompaun.

Menurutnya, kesemua individu yang ingkar itu ditahan dalam sekatan jalan raya dan rondaan yang dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

“Semalam PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 784 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 358,593 kenderaan.

“Selain itu, sebanyak 35,825 pemeriksaan mengejut telah diadakan dengan sebanyak 5,275 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Semalam juga, PDRM telah menahan 1,471 individu kerana ingkar PKP merangkumi 949 individu dikenakan kompaun RM1,000, manakala sebanyak 503 individu direman dan 19 individu di jamin polis,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai peningkatan jumlah individu yang ditahan kerana ingkar PKP semalam, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, ini kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas.

“Seperti yang saya katakan, tindakan polis ketika ini adalah semakin tegas,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ATMkompaunPDRMperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

Nicky Liow Lepas 26 Pertuduhan Pengubahan Wang Haram Selepas Bayar Kompaun RM10 Juta

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 26 pertuduhan di bawah kesalahan pengubahan wang haram terhadap ahli perniagaan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd