• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Terkandas Perlu Tanggung Kos Bawa Pulang

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOS untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara perlu ditanggung oleh individu itu sendiri, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, penerbangan khas membawa pulang mereka akan diuruskan Kementerian Pengangkutan sekiranya kerajaan diberi kebenaran membawa pulang rakyat Malaysia oleh negara terbabit.

“Rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara diminta menghubungi kedutaan Malaysia terdekat. Kementerian Luar Negeri dan Wisma Putra sentiasa komited memastikan kebajikan mereka diberikan keutamaan.

“Urusan untuk membawa mereka pulang tertakluk kepada peraturan negara-negara di mana mereka terkandas. Ini disebabkan ada negara yang menguatkuasakan sekatan perjalanan iaitu membatalkan semua penerbangan bagi mengekang pandemik Covid-19.

“Oleh itu tidak semua kita boleh bawa pulang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Kementerian Luar Negeri akan sentiasa menghubungi negara berkaitan bagi mendapat pelepasan dan kebenaran untuk membawa pulang rakyat Malaysia.

Namun beliau menasihati rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara supaya tinggal di negara berkenaan sehingga keadaan kembali pulih. – myMetro Online

Tags: kementerian pengangkutanpenerbangan khassekatan perjalanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

123 Rakyat Malaysia Selamat Naiki Penerbangan Khas Dari Bangladesh

123 Rakyat Malaysia Selamat Naiki Penerbangan Khas Dari Bangladesh

23/07/2024
1

SHAH ALAM - Seramai 123 rakyat Malaysia telah selamat menaiki penerbangan khas AirAsia AK76 pada Selasa, jam 11.23 pagi waktu...

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

08/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, pada Jumaat....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd