• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Harap Audit Dapat Dilakukan Segera Ke Atas 1MDB

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyambut baik arahan Kabinet untuk Jabatan Audit Negara mengaudit syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau gembira dengan perkembangan terbaru itu dan berharap jabatan itu dapat melakukan audit dengan segera terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Pengauditan terhadap 1MDB akan memudahkan tugas PAC ketika menjalankan prosiding terhadap syarikat itu apabila ia dipanggil berhadapan dengan jawatankuasa itu nanti, katanya dalam satu kenyataan malam ini.

“Saya berharap tiada campur tangan daripada mana-mana pihak untuk Jabatan Audit Negara melaksanakan audit terhadap 1MDB dan biar jabatan berkenaan menentukan skop pengauditannya namun ia harus termasuk lima perkara yang PAC mahu jabatan berkenaan tumpukan,” katanya.

Katanya, lima perkara itu adalah sumber dana kewangan berjumlah RM2 bilion yang diperoleh 1MDB dalam menjelaskan pinjamannya terhadap beberapa bank tempatan, suntikan dana kewangan baru daripada Kementerian Kewangan (MoF) berjumlah RM3 bilion dan perjanjian pelaburan 1MDB dalam syarikat Petrosaudi.

Seterusnya, wang hasil pelaburan 1MDB di Pulau Cayman sama ada sudah dibawa balik ke Malaysia dan perubahan firma audit antarabangsa untuk meluluskan akaun 1MDB.

“Saya sudah menghantar surat kepada Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara) Jumaat lalu, dan kebenaran Kabinet pada hari ini, adalah tepat pada masanya.

“PAC kini mempunyai asas berdasarkan siasatan audit yang dilaksanakan jabatan itu sebuah badan benar-benar berkecuali serta tidak berkepentingan terhadap 1MDB dan ia membolehkan Laporan PAC berkenaan syarikat 1MDB lebih lengkap, telus dan berkredibiliti sebelum dibentangkan ke Dewan Rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau kejayaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional...

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd