• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Sektor Tambahan Dibenar Beroperasi Semasa PKP

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini mengumumkan senarai sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi secara berperingkat semasa tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April 2020.

1. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

2. Industri Mesin dan peralatan.

3. Industri Aeroangkasa.

4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan:

(i) Projek yang mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama,

(ii) Projek telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas,

(iii) Kerja-kerja terowong,

(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan,

(v) Kerja-kerja cerun,

(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak,

(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak,

(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya,

(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas,

(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja,

(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juruukur tanah, juruukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada : perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID-19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja).

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada pengamal berdaftar perubatan ‘Traditional and Complementary’ (TCM).

7. Perkhidmatan kedai ‘hardware’ (perkakasan), kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (perkhidmatan penuh dan bukan layan diri).

Tags: MITIperintah kawalan pergerakansektor ekonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

Laporan Tesla Batal Pengeluaran Di Asia Tenggara Mungkin Keputusan Komersial – MITI

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd