• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Bekas Timbalan Menteri Siar Video Palsu

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis akan membuka kertas siasatan terhadap seorang bekas timbalan menteri yang juga Ahli Parlimen di sebuah negeri di Pantai Timur berikutan menyiarkan video dengan keterangan palsu di akaun Facebooknya malam tadi, sehingga menyebabkan kegusaran awam di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Ahli Parlimen berkenaan juga akan dipanggil memberi keterangan sekiranya siasatan membuktikan beliau memuat naik video palsu itu sehingga berlaku panik dalam kalangan masyarakat dan agensi penguatkuasa.

Katanya, Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir sudah membuat laporan polis di Balai Polis Larkin, Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

“Polis sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian).

“Siasatan kes ini juga diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman. Tindakan memuat naik video dengan keterangan palsu itu amat tidak bertanggungjawab.

“Ia menyebabkan video itu viral sehingga bukan sahaja menimbulkan kegusaran awam malah menyebabkan agensi penguatkuasa kelam-kabut.

“Undang-undang negara adalah untuk semua tidak mengira orang awam atau Ahli Parlimen, jika membuat perkara yang menyalahi undang-undang, maka bersedialah untuk disiasat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Dalam video yang dimuatnaik di akaun Facebook Ahli Parlimen berkenaan kira-kira jam 11.30 malam tadi, ia menunjukkan kononnya berlaku huru-hara di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Antara keterangan bersama video itu – ‘Sedang berlaku di CIQ JB. Situasi di luar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik secara beramai-ramai.

Pemeriksaan di akaun Facebook mendapati video bersama keterangan palsu berkenaan sudah dipadamkan 15 jam lalu.

Malah pentadbir akaun itu memuat naik permohonan maaf yang menyatakan ia video lama.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, video berkenaan sebenarnya adalah sesi latihan kebakaran di CIQ BSI pada Disember tahun lalu. – BH Online

Tags: Bangunan Sultan Iskandarberita palsuCovid-19Fuziah Sallehpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd