• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kompromi Penyebar Berita Palsu Termasuk Kenamaan

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu termasuk orang kenamaan yang didapati menyebarkan berita palsu berkaitan krisis wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, ini kerana kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius tindakan pihak yang cuba mencetuskan perasaan panik dan kebimbangan dalam kalangan rakyat di negara ini dengan penyebaran berita palsu terbaharu mengenai rempuhan di Tambak, Johor.

“Pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memandang serius perkara seperti ini kerana perkara seperti itu telah menyebabkan perasaan bimbang dalam kalangan rakyat terutamanya warga di Johor yang bimbang tentang kemasukan beramai-ramai seperti ini.

“Saya dimaklumkan bahawa pihak polis telah pun mengenal pasti mereka yang terlibat dan tindakan undang-undang akan diambil kepada mereka yang terlibat.

“Perlu saya ingatkan tidak ada siapa yang terkecuali dan lebih tinggi daripada undang-undang, jadi sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes seperti penyebaran berita palsu ini tidak akan terlepas begitu sahaja walaupun apa kedudukan mereka sekalipun,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, penyebaran video rempuhan di Tambak, Johor yang tular sejak semalam merupakan rakaman latihan kebakaran yang dilakukan Disember 2018 lalu.

“Pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menafikan dan menjelaskan bahawa rakaman video tersebut adalah suasana latihan pencegahan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah pun dilaksanakan pada 18 Disember 2018.

“Jadi, saya menyeru kepada semua cukuplah, hentilah penyebaran berita palsu kerana ia tidak membantu rakyat dan juga kerajaan dalam kita hendak menangani isu atau krisis Covid-19 ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: berita palsuCovid-19kenamaankoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd