• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

48 Katil ICU Tajaan Yayasan Petronas Tiba Dari China

oleh
10/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 48 buah katil kegunaan unit rawatan rapi (ICU) tajaan Yayasan Petronas dari Beijing selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam hantaran Facebooknya berkata, katil tersebut akan terus dihantar ke hospital untuk merawat pesakit Covid-19 yang serius.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada AirAsia yang telah menyediakan pesawat berkapasiti muatan tinggi,” katanya.

Menurutnya, negara ini turut memberi penghargaan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan China (CAAC) kerana membantu mempermudahkan misi penghantaran katil tersebut.

“Kementerian akan terus berusaha mendapatkan kebenaran dari CAAC untuk membawa balik baki 28 buah katil ICU dari Beijing ke Kuala Lumpur, lusa.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan 100 buah katil ICU dari Pukang Medical Equipments China dapat dibawa masuk ke Malaysia dalam tiga fasa,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ChinaCovid-19Katil ICUYayasan Petronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

19/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 19 Jun 2026 – Wanita yang tular susulan sebuah klip video ketika berada di China tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd