• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

121 Discaj, 2 Kematian, 109 Kes Baharu Positif Covid-19

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan dua lagi pertambahan kes kematian berkaitan wabak Covid-19 dan 109 kes positif baharu, setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 67 kes manakala jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,228 kes.

Menurutnya, seramai 72 pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 43 memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan, kes kematian ke-66 (kes ke-2,798) adalah lelaki tempatan 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimu dan beberapa penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

“Beliau dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac dan disahkan meninggal dunia 5 pagi tadi.

“Kes kematian ke-67 (kes ke-2,864) iaitu wanita tempatan berusia 23 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit tiroid. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif (kes ke-2,469 dan kes ke-2470) serta generasi kelima persidangan gereja di Kuching, Sarawak.

“Bagaimanapun, beliau bukan peserta persidangan itu. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 9.42 pagi tadi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, seramai 121 pesakit dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah keseluruhan pesakit sembuh daripada jangkitan itu seramai 1,608 orang bersamaan 38 peratus. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCkoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd