• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertambahan Kes COVID-19 Kluster Kenduri Bandar Baru Bangi

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Terdapat dua pertambahan kes bagi kluster majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 94 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dari jumlah berkenaan sebanyak 15 kes sudah dibenarkan pulang dan lima kes lagi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Selain itu 74 kes lagi kini sedang dirawat di wad biasa,” katanya yang berkongsi situasi terkini penularan COVID-19, di Facebook miliknya.

Berdasarkan infografik yang dikongsi Noor Hisham di laman sosial itu, kluster Kenduri Bandar Baru Bangi kini sudah menjangkiti sehingga generasi kelima.

Majlis kenduri kawin yang diadakan di Bangi pada 6 Mac lalu itu turut dihadiri oleh peserta perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Selain itu, ia turut menjangkiti 47 petugas kesihatan yang menghadiri majlis yang sama.

Sementara itu, bagi kluster Kluster Persidangan di Gereja, Kuching, Sarawak pula, Noor Hisham berkata sehingga semalam terdapat 24 kes terbaharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 112 kes bagi kluster berkenaan.

“Dari jumlah berkenaan 11 kes sudah dibenarkan pulang, empat kes di ICU, 48 kes sedang dirawat di hospital, 47 kes bawah pemerhatian di pusat kuarantin dan dua kes kematian dicatatkan,” katanya.

Difahamkan, persidangan keagamaan di gereja di Kuching Sarawak itu berlangsung selama tiga hari.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 4,119 kes positif COVID-19 sementara 1,487 kes atau 36.1 peratus kini sudah pulih sepenuhnya.

Bagi jumlah kes kematian COVID-19 pula, sebanyak 65 kes dicatatkan. – BH Online

Tags: bandar baru bangiCovid-19koronavirusmajlis perkahwinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd