• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Jenayah Malaysia Turun 70% Sepanjang PKP

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac bagi mengekang wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan itu rakyat tidak perlu bimbang berhubung dakwaan kononnya kes jenayah akan meningkat dalam tempoh itu.

“Kepada rakyat kita yang sentiasa beri komen di media sosial menyatakan kebimbangan rumah mereka kosong dan takut jenayah semakin meningkat… tapi statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan satu berita gembira, indeks jenayah menurun 70 peratus dalam tempoh PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata jumlah tangkapan individu yang ingkar PKP di seluruh negara sehingga semalam sebanyak 6,451 orang.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 403 individu ditahan semalam dengan 347 telah direman dan 56 individu diikat jamin.

“Berbanding kelmarin, kadar tangkapan ini menurun kepada 26 peratus, namun jumlah tangkapan 403 individu ini masih tinggi berbanding sebelum ini,” katanya.

Menyentuh mengenai operasi sanitasi awam COVID-19, Ismail Sabri berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 666 operasi sanitasi di 79 zon termasuk kesemua 18 Zon Merah.

Dalam tempoh itu, bangunan kerajaan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyahcemar termasuk 24,077 unit rumah PPR.

Mengenai keluhan ibu bapa berkaitan bayaran bulanan pusat asuhan kanak-kanak swasta yang perlu dibayar dalam tempoh PKP ini, beliau berkata pihaknya telah meminta kementerian berkaitan untuk meneliti perkara tersebut.

Tags: Covid-19Jenayahperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd