• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Mesin Dari China Mampu Uji 5,000 Sehari

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kit ujian pengesanan antigen dari Korea Selatan akan mula diterima esok dan digunakan di Malaysia.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kit ujian pengesanan antigen itu diharap membantu dengan kadar 80 peratus ketepatan.

“Kita mahu meningkatkan tahap ujian Covid-19 di hospital kendalian KKM dan juga makmal lain dan ketika ini keupayaan makmal seluruh negara adalah 11,500 ujian.

“Matlamat kita untuk melakukan ujian sehingga 16,500 ujian,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, KKM juga sudah menempah satu mesin dari China yang boleh melakukan ujian dengan cepat iaitu 5,000 sehari.

“Mesin ini boleh melakukan ujian secara automatik dan lebih cepat, kita anggarkan 5,000 sehari,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham mengesahkan terdapat dua hingga tiga warga asing yang diuji positif Covid-19.

“Disebabkan itu kita merayu kepada mereka supaya tampil ke depan untuk melakukan saringan kesihatan.

“Kita tidak tahu berapa jumlah sebenar dalam kalangan pekerja warga asing yang positif setakat ini kerana saringan masih berjalan, dan disebabkan itu kita membuka kaunter saringan di Pasar Borong Selayang supaya mereka dapat melakukan ujian.

“Kita juga terpaksa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk membantu mengesan mereka bagi mengelak penularan wabak dalam komuniti,” katanya. – myMetro Online

Tags: ChinaCovid-19KKMKorea Selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd