• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bimbang Kes Bertambah Dengan Kepulangan Rakyat Malaysia

oleh
05/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, penuntut dan pekerja Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara mempunyai potensi menyumbang kepada angka kes dari luar koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, pada mulanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan hanya mereka yang pulang dari lima negara iaitu China, Iran, Itali, Jepun dan Korea Selatan yang mungkin berisiko tinggi, tetapi keadaan menjadi lebih membimbangkan sekarang selepas lebih daripada 172 negara menyekat perjalanan seberang laut.

“Kebimbangan kami ialah kes dari luar, sesiapa yang datang ke negara kita, jadi mereka mungkin berpotensi sebagai pembawa virus.

“Saya bimbang kerana kami menjangka jika kes dari luar pulang dan tidak diuruskan dengan baik dan kita (mungkin) menyaksikan peningkatan pesat kes, mungkin di dalam pertengahan April kerana tempoh inkubasi adalah kira-kira dua minggu. Justeru, ini adalah perkara yang membimbangkan kami dan faktor mengapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kami sedar penuntut kita dari seberang laut sedang kembali. Ini adalah satu cabaran kepada kami, apabila kami mempunyai kes dari luar. Gelombang pertama berkaitan pelancong dari China, secara langsung atau tidak langsung. Gelombang kedua berkaitan kes dari luar,” kata beliau semasa sidang akhbar harian Covid-19 di sini.

Dr Noor Hisham juga mengingatkan mereka yang kembali ke tanah air supaya mematuhi garis panduan PKP yang ditetapkan kerajaan, termasuk menjalani kuarantin selama 14 hari bermula dari tarikh mereka tiba di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata 752 kes yang pulang dari seberang laut sedang dikuarantin di hotel-hotel ditetapkan dan daripada jumlah itu, KKM mendapati lapan kes membawa simptom Covid-19.

“Lapan kes itu dikesan menerusi imbasan suhu, jadi kami perlu mengasingkan mereka dan diperiksa dengan lebih lanjut di hospital,“ katanya.

Ditanya sama ada lebih elok jika rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dikecualikan daripada keperluan menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik tiba di Malaysia, Dr Noor Hisham berkata ia mungkin dibolehkan berdasarkan persetujuan antara KKM dan Kementerian Kesihatan Singapura.

“Persetujuan kami dengan rakan sejawat di Singapura ialah pekerja Malaysia di Singapura yang ingin pulang perlu menjalani ujian di Singapura.

“Jika ujian mereka didapati negatif, maka kami tidak perlu mengulanginya lagi. Justeru KKM akan menerima keputusan ujian negatif itu,” katanya.

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakanrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd