• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar Capai Sifar Jangkitan COVID-19 Melalui PKP

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan meletakkan sasaran untuk mencapai tahap sifar jangkitan COVID-19 menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua bermula kelmarin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ia susulan trend jangkitan lebih terkawal pada fasa pertama PKP dilaksanakan, sekali gus menunjukkan langkah penguatkuasaan itu mampu menghalang lebih ramai orang awam daripada dijangkiti wabak berkenaan.

“PKP ialah satu kaedah untuk kita menghalang atau menghentikan penularan wabak ini. Dengan adanya perintah terbabit, kita dapat menghalang lebih ramai orang daripada dijangkiti.

“Apabila kita dapat menghalang penularan ini, maka kesannya akan dilihat, iaitu kurang orang dijangkiti tetapi ramai yang sembuh. Itu kaedah yang menjadi kejayaan menghalang COVID-19 daripada terus menular.

“Bagaimanapun, COVID-19 dalam komuniti masih tidak dapat dikesan. Oleh itu, kita meneruskan PKP untuk mencapai jumlah sifar seperti yang kita sasarkan,” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), hari ini.

PKP fasa kedua dari 1 hingga 14 April depan menjadi tempoh kritikal bagi rakyat Malaysia dalam menentukan sama ada usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 berjaya atau sebaliknya.

Walaupun tahap pematuhan rakyat terhadap PKP dilaporkan melebihi 90 peratus, masih ada individu ditahan kerana mengingkari arahan itu.

Mengulas persiapan untuk menghadapi kemungkinan gelombang ketiga COVID-19, Dr Adham berkata, kerajaan kini dalam proses menyiapkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Pusat kuarantin itu adalah satu daripada idea Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia sama dengan hospital kuarantin yang diwujudkan di luar negara seperti China dan Sepanyol.

“Pusat ini diwujud bagi mengurangkan tekanan di hospital yang diwartakan merawat COVID-19. Pusat kuarantin ini memudahkan kita untuk memberi perkhidmatan terbaik dan rapi seperti hospital khas merawat COVID-19,” katanya.

Dr Adham juga menjelaskan, kekurangan peralatan dan kelengkapan untuk petugas di barisan hadapan seperti peralatan pelindung diri (PPE), katil serta alat bantuan pernafasan, sudah diatasi. – BH Online

Tags: Covid-19Dr Adham Babaperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd