• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Kata Nasihat, PKP Kini Memasuki ‘Fasa Keras’

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Awas! Tiada lagi pendekatan berlembut atau kata-kata nasihat, kepada mereka yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak fasa dua bermula pada Rabu hingga 14 April ini.

Ini kata dua, yang dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, setelah didapati masih ramai yang  keluar rumah tanpa alasan yang munasabah.

Walaupun telah mula ada sinar di hujung jalan, apabila tiada peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 direkodkan, namun ia bukan satu lesen untuk kerajaan berpuas hati, selagi rantaian wabak ini dapat diputuskan.

Sudah pasti, jika pihak kerajaan mengambil pendekatan berlembut, usaha yang dilakukan untuk menghapuskan ‘virus kejam’ selama ini, yang sehingga semalam telah meragut 50 nyawa rakyat di Malaysia, tidak ubah seperti menjirus air di daun keladi.

Dilaporkan sepanjang PKP dilaksanakan sehingga semalam seramai 4,189 individu ditahan dengan 1,449 daripada mereka telah pun dituduh di mahkamah, termasuk atas kesalahan mengganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas.

Ia cukup untuk melambangkan ketegasan kerajaan, dalam menangani krisis COVID-19, kerana lebih lama tempoh PKP ini dilaksanakan, ia akan menjejaskan bukan sahaja ekonomi negara, tetapi kehidupan rakyat sendiri.

Ekoran itu juga, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet, untuk merangka langkah strategik dalam melindungi prestasi ekonomi dan pasaran pekerjaan Malaysia, yang terkesan daripada pandemik COVID-19.

Jawatankuasa itu juga bertanggungjawab, untuk mencari penyeimbangan di antara keutamaan ekonomi negara dengan pelaksanaan langkah PKP yang efektif, selain merancang rangka strategi untuk menyokong prestasi enjin ekonomi Malaysia, seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas, serta mengurangkan kesan ke atas peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat.

Jawatankuasa khas ini dijadual bersidang hari ini, hari ke-17 pelaksanaan PKP dan akan mengadakan mesyuarat kedua Ahad ini, sebelum hasil perbincangan jawatankuasa ini akan disampaikan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa perjumpaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada Isnin depan.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd