• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berbelanja Di Pasar Segar Fama Tak Lebih 20 Minit

oleh
03/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGUNJUNG pusat jualan barangan segar terkawal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh negara perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan masa berbelanja dibenarkan tidak melebihi 20 minit.

Selain itu, pengunjung perlu melepasi saringan suhu, menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum keluar dari pusat jualan, beratur pada jarak semeter antara satu sama lain dan masuk ke kawasan parkir kereta yang telah ditetapkan.

“Dalam pematuhan pencegahan wabak COVID-19 di 97 lokasi pusat jualan itu, jarak sosial di antara gerai-gerai akan dilakukan dan pintu masuk serta keluar akan dikawal selia pihak berkuasa,” menurut FAMA dalam kenyataan hari ini.

Urusan jual beli juga dinasihatkan dibuat secara dalam talian dan tanpa tunai melalui pembayaran QR Pay dan e-dompet bagi membendung penularan koronavirus baharu (Covid-19) melalui wang kertas.

FAMA turut memfokus kepada pengedaran bekalan makanan yang berkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan memperkemaskan lagi konsep jualan secara dalam talian melalui portal Agrobazaar online dan offline menerusi rangkaian pemasaran terpilih.

Pelanggan digalakkan melayari portal Agrobazaar di www.agrobazaar.com.my untuk pesanan awal atau WhatsApp secara prapesanan dan membayar terus secara dalam talian bagi memudahkan urusan pengambilan di pick-up point dan urusan pandu lalu di rangkaian pemasaran terpilih.

Bagi pengguna yang membuat prapesanan melalui portal atau media sosial, waktu pesanan dibuka dari 8 pagi hingga 4 petang dan penghantaran dibuat pada hari berikutnya.

Tags: FAMApasar segarperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd