• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM21 Juta Bantu Pusat Tahfiz, Sekolah Agama, Pondok

oleh
02/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dana bantuan secara one-off bernilai RM21 juta akan diberikan kepada pusat tahfiz swasta, sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan swasta yang berdaftar dengan pihak berwajib, termasuk tenaga pengajarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bantuan diagih bagi meringankan beban mereka terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, akan diagih kepada dua kategori penerima.

Katanya, tenaga pengajar di institut pendidikan Islam akan menerima bantuan sara hidup dengan kadar RM800 seorang yang akan memberi manfaat kepada 22,920 guru.

“Bantuan pengurusan operasi bertujuan membiayai kos pengurusan, utiliti, sewaan dan perbelanjaan operasi lain pada kiraan RM10 per murid, kepada 2,119 institusi pendidikan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, bantuan itu daripada peruntukan RM100 juta yang disediakan kepada JAKIM di bawah Belanjawan 2020 bertujuan membiayai penyelenggaraan dan naik taraf institusi tahfiz, pondok dan sekolah agama berdaftar.

“Penghargaan ditujukan kepada Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, atas kelulusan bagi peruntukan berkenaan untuk tujuan itu.

“Besarlah harapan saya supaya bantuan ini dapat meringankan beban warga institusi pendidikan Islam yang terjejas akibat PKP,” katanya.

Beliau berkata, COVID-19 dan arahan PKP yang dilaksana sehingga kini memberi kesan sedikit sebanyak kepada guru di institusi pendidikan Islam terutamanya dari sudut pengurusan operasi dan sara diri. – BH Online

Tags: perintah kawalan pergerakanpusat tahfizsekolah agamaSekolah Pondok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd