• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Migrant Care Tak Bertanggungjawab – Hishammuddin

oleh
02/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Luar menafikan dakwaan Migrant Care (Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat) bahawa Malaysia mengusir rakyat negara itu secara besar-besaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenyataan tersebut tidak benar dan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, dakwaan tersebut bukan sahaja disangkal oleh Malaysia, malah turut dinafikan pihak berkepentingan Indonesia sendiri.

“Menteri Luar Indonesia, Ibu Retno Marsudi sebelum ini menyatakan memang akan ada sekumpulan rakyat Indonesia pulang, tetapi beliau tidak menyebut kerana pengusiran.

“Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah menegaskan rakyat Indonesia pulang bukan kerana diusir, sebaliknya dihantar pulang kerana masuk ke Malaysia tanpa izin sebelum krisis Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Hishammuddin berkata, Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur turut menafikan berlakunya pengusiran tersebut.

“Koordinator Fungsi Pensosbud Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Johor Bahru, Anang Fauzi Firdaus turut mengakui rakyat Indonesia pulang atas beberapa sebab iaitu tamat tempoh kebenaran menetap dan tiada kerja sepanjang tempoh PKP di Malaysia.

“Sesungguhnya, hubungan saya dengan rakan sejawat, Ibu Retno Marsudi cukup baik. Malah, Wisma Putra dan Kementerian Luar Indonesia sentiasa berhubung bagi membincangkan kepentingan rakyat negara masing-masing yang menetap di Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Justeru, Hishammuddin menasihati semua pihak agar menyemak terlebih dahulu kesahihan fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Jangan sewenang-wenangnya membuat dakwaan tidak bertanggungjawab yang boleh mengeruhkan hubungan serumpun Malaysia dan Indonesia,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Migrant Careperintah kawalan pergerakanRakyat Indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd