• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: PKP Fasa Pertama Ada Kejayaan

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilihat menunjukkan kejayaan selepas tiada peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dilaporkan sepanjang dua minggu pelaksanaannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berbeza dengan unjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang menjangkakan peningkatan mendadak sepanjang tempoh sama.

“Kes kita tidak naik secara mendadak tetapi ada sedikit mendatar. Berdasarkan kepada graf ini, ada kejayaan atau tanda awal kita berjaya dalam tindakan kita untuk melaksanakan PKP.

“Jadi kita berharap dalam fasa kedua, kita dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti kita terutama di hotspot yang sudah dikenal pasti.

“Jika berlaku peningkatan mendadak kita akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata melalui PKPD, semua yang berada dalam kawasan yang dikenakan sekatan akan disaring, diuji, dikenal pasti dan diasingkan untuk memberi rawatan kepada mereka. – BH Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd