• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Tergesa-Gesa, Semakan BPN Sehingga 30 April

oleh
01/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan B40 yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan kumpulan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

LHDN dalam kenyataan berkata ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengannya akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

Semakan status penerimaan BPN boleh dilakukan secara dalam talian mulai 1 April 2020 dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my.

Sekiranya status semakan ‘tiada rekod’, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘Permohonan Baru’ yang dibuka sehingga 30 April ini.

Langkah mudah bagi semakan penerimaan BPN ialah hanya dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kod keselamatan captcha yang diberikan dan keputusannya akan dipaparkan.

Tidak ada permohonan secara manual dibenarkan kerana semua premis LHDN ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari portal rasmi LHDN di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my bermula 3 April 2020.

Agensi itu juga mengingatkan orang ramai mungkin sukar memasuki portalnya berikutan kesesakan trafik dalam talian pada masa ini.

Justeru, semakan boleh dilakukan pada luar waktu puncak. Bayaran BPN akan dilakukan secara berperingkat pada April dan Mei.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh mengajukannya menerusi HASiL Live Chat; Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan media sosial rasmi lembaga iaitu Facebook (https://www.facebook.com/LHDNM) dan Twitter.

Tags: bantuan prihatin nasionalBantuan Sara HidupLHDNM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

19/08/2024
0

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 - Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bersama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd