• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17,965 Peserta Tabligh Disaring, 12,842 Sampel Diambil

oleh
30/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih 5,000 peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur, masih belum tampil membuat saringan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terkini yang telah disaring adalah 17,965 peserta dan sampel yang diambil adalah sebanyak 12,842.

“Sejumlah 1,254 kes adalah positif dan negatif adalah 7,084 dan masih menunggu keputusan adalah 4,504 orang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, daripada 150 pesakit yang positif Covid-19 hari ini, 63 daripadanya adalah daripada kluster Sri Petaling.

Mengenai kerjasama daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pelarian Rohingya yang didapati turut hadir ke perhimpunan tabligh itu, beliau berkata, kolaborasi dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merawat wabak Covid-19 dalam kalangan pelarian dan PATI.

Katanya, NGO tersebut adalah dari Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET), Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) dan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“PATI mungkin takut datang untuk mendapatkan rawatan di hospital tapi sekurang-kurangnya kalau mereka ke klinik (dengan bantuan NGO), kita ada data untuk jalankan rawatan dan saringan,” katanya.

Mengulas mengenai 100,000 kit ujian Covid-19 yang diterima dari China, Dr Noor Hisham berkata, ia adalah kit ujian di makmal dan bukannya untuk kit ujian segera.

“Jadi kita telah mengenal pasti makmal yang akan menggunakan kit ujian tersebut,” katanya.

Selain itu, berkenaan kekangan bekalan reagen dari luar negara, katanya, bekalan reagen, atau bahan uji bagi Covid-19 telah diterima untuk semua hospital bagi melaksanakan ujian dengan kapasiti penuh.

“Kita juga akan meneruskan khidmat luaran ujian kita dengan tujuh makmal swasta,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Ijtimak Tablighmasjid sri petaling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd