• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP Fasa 2: Hanya Seorang Dalam Sebuah Kenderaan

oleh
30/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang akan bermula Rabu ini hanya membenarkan seorang individu menaiki sebuah kenderaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, perkara itu diputuskan bagi mengehadkan pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Bagi kenderaan persendirian, walaupun dibenarkan membeli makanan dan sebagainya kita tetapkan seorang dalam satu kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menggalakkan kenderaan komersial yang membawa bekalan dan lain-lain beroperasi dari jam 7 malam hingga jam 7 pagi.

“Kita memahami bahawa masih banyak kenderaan komersial yang melibatkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan yang berada di atas jalan raya dari pagi sehingga malam.

“Kita membenarkan kenderaan itu beroperasi tetapi kerajaan menggalakkan kenderaan atau pengangkutan komersial bagi barangan keperluan beroperasi dari 7 malam sehingga 7 pagi,” katanya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, perkara itu hanya satu galakan dan bukan arahan.

“Ini kerana kita dapati ada kenderaan yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk beroperasi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd