• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Kurnia Peralatan Perubatan, Keperluan Hospital

oleh
27/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan pelbagai peralatan perubatan dan keperluan bagi kegunaan hospital-hospital di seluruh negeri menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Sultan Ibrahim mengurniakan 19 unit ventilator untuk kegunaan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan 24 unit ventilator bagi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang termasuk 200 bantal dan cadar.

Turut disumbangkan tambahan 60 bantal dan cadar diberikan kepada Hospital Permai di Tampoi.

Selain itu, Sultan Ibrahim menyampaikan sumbangan berupa peralatan perlindungan diri serta Isolation Chamber kepada petugas perubatan.

Penyumbang utama barangan ialah Johor Corporation, Ranhill-SAJ Sdn Bhd, Berjaya Corp Bhd, IWH Sdn Bhd, WTC Holdings Bhd, Tropicana Corp Bhd, BCB Bhd, Coronade Properties, Country Garden Pacificview Sdn Bhd, YTL Corp Bhd, Southern Ads Sdn Bhd, Honest Sam Development Sdn Bhd, Mados Holdings, EquMed Sdn Bhd and Marche World (M) Sdn Bhd.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dermawan dan rakan yang tampil untuk membantu menyampaikan sumbangan kepada hospital-hospital di Johor bagi bersama-sama membendung wabak Covid-19.

“Pada keadaan masa sekarang, apa yang penting ialah kerjasama semua pihak bersama-sama membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) serta membantu memberikan sumbangan keperluan hospital bagi membolehkan rawatan diberikan kepada pesakit,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO). – Sinar Harian

Tags: Covid-19peralatan perubatanSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd