• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Susun Aktiviti Susulan Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan

oleh
26/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir lima hari lagi dilanjutkan sehingga 14 April depan, dan berikutan itu orang ramai perlu bijak menyusun aktiviti bermanfaat di rumah, sepanjang arahan itu dikuatkuasakan.

Hari ini adalah hari kesembilan PKP sejak ia dilaksanakan pada 18 Mac lepas, dan rakyat perlu berhadapan dengan tempoh yang lebih panjang, untuk perintah yang dikeluarkan kerajaan, yang bertujuan memastikan Malaysia dapat menangani jangkitan COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas semalam, berkata perlanjutan tempoh itu diumumkan lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.

Seperti hari-hari sebelum ini, pekerja yang diarahkan oleh majikan untuk bekerja dari rumah terus melaksanakan tugas masing-masing, dan tidak ketinggalan juga orang ramai yang boleh memanfaatkan masa itu untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.

Di laman-laman sosial pula dipenuhi aktiviti serta idea kreatif masyarakat, yang antaranya mencuba resipi viral, berinteraksi secara ‘video call’, memuat turun aplikasi interaktif, melakukan senaman berpandukan video, serta mengadakan kelas dalam talian untuk para pelajar.

Tanda pagar (hashtag) seperti #stayathome juga banyak digunakan pengguna media sosial, yang tidak ketinggalan berkongsi gambar aktiviti semasa PKP, yang antara lain menyahut seruan kerajaan untuk terus kekal berada di rumah.

Sementara itu, menyedari ramai pihak memerlukan sokongan dan bantuan dalam menghadapi situasi yang sukar ini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan pelbagai inisiatif, selain penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat.

Ia sekali gus memberi ruang dan kelegaan kepada orang ramai, untuk meneruskan kehidupan seperti biasa di kala dunia, khususnya negara kini sedang ‘berperang’ menangani penularan jangkitan COVID-19.

Bagi memastikan rakyat memperoleh manfaat, tidak kira apa jua pekerjaan mereka, Muhyiddin dijangka mengumumkan satu lagi pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh, esok (Jumaat).

Sejak pelaksanaan PKP, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, kadar indeks jenayah menurun sebanyak 70 peratus di seluruh negara.

Beliau berkata, walaupun kadar jenayah menunjukkan penurunan dalam tempoh perintah itu, pihaknya mendapati jenayah yang ketara dilakukan adalah melibatkan kes pecah rumah dan mencuri motosikal.

Seramai 46,000 pegawai dan anggota polis di seluruh negara ditugaskan membuat sekatan jalan raya, rondaan bermotosikal, pemeriksaan di premis kunjungan orang ramai, serta menghebahkan maklumat berkaitan pelaksanaan PKP.

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd