• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Masjid, Surau Tangguh Sehingga PKP Tamat

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah dicadangkan ditangguh sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Perdana Menteri mengumumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan berdasarkan perkembangan semasa peningkatan kes positif Covid-19.

“Melihat kepada perkara ini, saya dengan rendah hati mencadangkan aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah perlu untuk dilanjutkan sehingga berakhirnya tempoh PKP.

“Ini adalah selaras dengan Resolusi Dalam Talian Ahli-Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 20 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Muzakarah bersetuju untuk mengambil ketetapan seperti penangguhan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah sebelum ini adalah dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 atau mengikut apa-apa ketetapan yang diputuskan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

“Bagi perkara cadangan penangguhan, saya menyerahkan pertimbangan dan keputusan pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri.

“Saya juga mengharapkan semua umat Islam dapat mematuhi arahan ini dengan menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat dan juga solat fardu di rumah atau di tempat masing-masing,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19masjidperintah kawalan pergerakansurau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

AJK Surau Taman Seraya Buat 10 Laporan Polis Dakwaan ‘Gangguan’ Seorang Penduduk

AJK Surau Taman Seraya Buat 10 Laporan Polis Dakwaan ‘Gangguan’ Seorang Penduduk

24/04/2026
0

AMPANG – Isu melibatkan sebuah surau di Taman Seraya semakin tegang apabila Ahli Jawatankuasa (AJK) surau terbabit membuat sebanyak 10...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd