• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah Dilanjut Ke 14 April

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tempoh bekerja dari rumah bagi penjawat awam dilanjutkan sehingga 14 April depan selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata Surat Edaran JPA rujukan JPA.SARAAN(S) 256/6/31 Jld.6(2) bertarikh 17 Mac 2020 mengenai Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan PKP dan Penutupan Premis Kerajaan berserta soalan lazimnya adalah terpakai bagi tempoh lanjutan PKP itu.

“Selari dengan itu juga, sebahagian penjawat awam telah diarahkan supaya bekerja dari rumah berikutan arahan penutupan premis kerajaan. Manakala, sebahagian lagi penjawat awam telah diarahkan bertugas seperti biasa mengikut keperluan keadaan semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Antara sektor perkhidmatan awam yang terlibat dalam perkhidmatan penting adalah sektor kesihatan, keselamatan, makanan, logistik dan utiliti, katanya.

“Mereka kini bersama berganding bahu, berkhidmat sepenuh jiwa dan raga untuk mengawal serta membanteras penularan wabak COVID-19 dan dalam masa yang sama turut memastikan keperluan asas rakyat tidak terjejas,” katanya.

Mohd Khairul Adib berkata sepertimana ikrar dan sumpah setia sebagai penjawat awam, para pegawai sentiasa dilatih dan dididik untuk mengutamakan negara, jauh melebihi kepentingan diri. 

“Kita dilantik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat. Cabaran yang dihadapi ketika ini, jelas menggambarkan khidmat bakti yang ditumpahkan semata-mata untuk  negara dan rakyat. 

“Tidak kira apa pun yang berlaku, walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga dan berhadapan dengan ancaman wabak, namun demi tugas tetap dipastikan ia dilaksana dengan bersungguh-sungguh,” katanya. 

Mohd Khairul Adib menyeru agar penjawat awam menjadi contoh yang baik buat masyarakat dengan mematuhi arahan PKP yang sedang dilaksanakan pada ketika ini selain turut memainkan peranan yang berkesan kepada ahli keluarga dan anggota masyarakat dengan menasihatkan mereka supaya mematuhi arahan duduk di rumah.

Beliau turut mengingatkan agar penjawat awam tidak terlibat dalam menyebarkan berita-berita yang tidak sahih dan boleh menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat.

“Sebagai penjawat awam kita wajar menyampaikan maklumat yang betul dari sumber-sumber yang sahih dan tepat. Pada masa ini, setiap kementerian telah mewujudkan talian hotline bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat secara terus daripada kementerian masing-masing,” katanya.

Muhyiddin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini mengumumkan tempoh PKP  dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dan pelanjutan tempoh itu diumumkan lebih awal supaya rakyat akan lebih bersedia.

Tags: Covid-19Penjawat Awamperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd