• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

172 Kes Baharu Covid-19, Jumlah Kematian 19 Orang

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUMLAH kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Malaysia setakat ini ialah 19 orang.

Ia pertambahan empat kes kematian termasuk satu kes dilaporkan malam tadi dan satu kes lagi yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yassin tengah hari ini, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, untuk hari ini, 16 kes sudah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan discaj daripada wad sebanyak 199 kes.

“Terdapat 172 kes baru dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 1,796 kes.

“Sebanyak 71 kes daripada jumlah baru adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling, manakala baki 101 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Katanya, seramai 45 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 34 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu dalam ciapan twitter, @KKMputrajaya hari ini, menjelaskan kes kematian ke-18 adalah pesakit ke 1,625 lelaki warga tempatan berusia 56 tahun dan mempunyai penyakit kronik.

“Lelaki itu dirawat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Meninggal dunia 23 Mac (kelmarin) 2 pagi.

“Kematian ke-19 ialah kes 1,246, wanita tempatan berusia 68 tahun. Beliau dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (Batu Pahat) pada 19 Mac (Khamis lalu) dan meninggal dunia 25 Mac (hari ini) 12.53 pagi,” ciapnya. – myMetro Online

Tags: Covid-19kematianKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd