• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Berterima Kasih Bangga Dengan Warga PDRM

oleh
25/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berterima kasih dan berbangga dengan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedia mencurah bakti dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin.

Menurut Perdana Menteri, pengorbanan pasukan keselamatan negara itu dapat dilihat terutamanya dalam situasi negara yang kini dilanda wabak koronavirus (Covid-19) dan PDRM telah memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dapat dilaksanakan dengan baik serta lancar.

“Di sini saya ingin katakan rasa terima kasih dan bangga saya kepada semua anggota polis yang telah pun secara sukarela dikerah untuk menjalankan tugas untuk menjamin agar kawalan pergerakan ini dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Tentulah ia memerlukan sesuatu pengorbanan dan juga komitmen yang tinggi agar negara kita ini akan terus menjadi sebuah negara yang aman dan selamat,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Polis ke-213 di sini malam ini.

Muhyiddin turut mendoakan agar anggota PDRM mendapat pahala dan keredaan daripada ALLAH SWT.

“Sekali lagi, saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan selamat menyambut Hari Polis dan mudah-mudahan anda semua akan berada dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera,” katanya.

Hari Polis Ke-213 itu akan disambut secara serentak di seluruh negara pada tarikh baharu dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula di seluruh negara pada 18 Mac berkuat kuasa sehingga 31 Mac.

Tags: Hari Polis Ke-213Muhyiddin YassinPDRMperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd