• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Duduk Rumah, Kita Mesti Menang” – Dr. Adham Baba

oleh
24/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini memberikan kata-kata semangat kepada rakyat Malaysia agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian virus koronavirus (Covid-19).

Dalam satu video berdurasi 53 saat dalam Facebook rasminya, dalam nada positif Dr Adham menyeru rakyat meneruskan langkah duduk di rumah, penjarakan sosial dan mengamalkan kebersihan.

“Alhamdulillah… langkah kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mula mendapat kerjasama baik daripada rakyat.

“Ini usaha kita bersama, duduk rumah, penjarakan sosial, amalkan kebersihan, kita mesti menang (dalam menangani Covid-19),” katanya bersemangat.

Video terbabit sehingga kini sudah dikongsikan lebih 200 akaun dan ditonton lebih 6,000 kali selepas dimuatnaik tujuh jam lalu di laman rasmi Facebook milik Dr. Adham.

Hari ini hari ketujuh PKP dan sehingga kini kadar pematuhan rakyat meningkat kepada 95 peratus berbanding 92 peratus sebelum ini hasil kerjasama bersepadu yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pihak berkuasa tempatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, trend kesesakan di bandar kini semakin berkurang, jalan raya semakin lengang dengan kadar pematuhan yang tinggi itu.

Sehingga tengah hari ini, satu lagi kematian dicatatkan akibat Covid-19 menjadikan bilangan yang maut di negara ini sebanyak 15.

Tags: Covid-19Dr Adham BabaMenteri Kesihatanperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd