• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kita Berdepan Bencana Yang Amat Dahsyat” – Mahathir

oleh
24/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkongsi mengenai pengalaman beliau dikuarantin susulan penularan wabak Covid-19 dan bagaimana beliau menjadi kontak individu yang dijangkiti serta masa depan ekonomi yang suram akibat pandemik itu dalam blognya, Chedet.

Bertajuk Kuarantin, Dr. Mahathir yang menjalani kuarantin sendiri berkata, ia bermula pada 12 Mac ketika beliau bertemu sekumpulan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang masih muda dan meminta untuk bergambar dengannya sebelum pulang.

“Mereka mengerumuni saya serta berdiri rapat-rapat untuk bergambar,” katanya sambil menambah bahawa lima hari kemudian, pembantunya Sufi Yusoff menunjukkan gambar itu dan berkata, seorang daripada MP dari Sarawak itu telah diuji positif bagi Covid-19.

“Saya tidak terlalu memikirkan perkara itu. Saya berasa sihat. Malah ramai yang mengunjungi saya berkata saya nampak sihat. Bagaimanapun pihak berkuasa berfikir sebaliknya. Sepasukan doktor dan jururawat telah datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana di mana saya sedang bekerja dan menghentikan saya semasa saya ingin pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

“Mereka mengambil sampel dan memaklumkan bahawa saya perlu menjalani kuarantin selama 14 hari daripada tarikh kontak,” kata beliau dalam blog itu.

Dr. Mahathir berkata, Covid-19 adalah penyakit berjangkit serta boleh membawa maut dalam beberapa kes dan untuk membendung penularan jangkitan virus itu, orang ramai perlu diasingkan dan mengelak melakukan perjalanan.

Bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam langkah menghentikan perjalanan ke Malaysia kerana industri pelancongan merupakan penjana pertukaran asing kedua terbesar selepas petroleum, oleh itu kerajaan akan kehilangan pendapatan yang banyak.

“Syarikat penerbangan dan industri pelancongan akan mengalami kerugian. Hotel, pengangkutan darat, restoran juga akan kerugian. Para pekerja akan menderita kerana mereka mungkin dibuang kerja. Majikan mereka tidak mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar gaji mereka,” katanya.

Beliau turut mengetengahkan kesan Covid-19 ke atas industri petroleum susulan harga bagi satu tong merosot lebih 50 peratus yang akan mengurangkan pendapatan kerajaan kepada RM30 bilion.

Pakej rangsangan ekonomi susulan penularan wabak Covid-19 membabitkan peningkatan perbelanjaan kerajaan selain menyaksikan penurunan dalam kutipan cukai dan pada masa sama, meskipun sekatan perjalanan separa dikenakan, langkah itu akan mengurangkan perniagaan dan hasil yang sekali lagi menjejaskan pendapatan kerajaan.

Keadaan lebih teruk dihadapi oleh perusahaan kecil dan kerajaan mungkin terpaksa menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka, katanya.

Apa yang berlaku di Malaysia turut berlaku di seluruh dunia dan akan berlaku kemelesetan ekonomi di seluruh dunia, malah negara-negara kaya akan turut terjejas.

Beliau menamatkan hantaran di blognya dengan menyatakan bahawa “Sememangnya kita semua sedang berdepan dengan satu bencana yang amat dahsyat.”

Tags: Covid-19Ekonomi MalaysiaMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd