• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Kini 92%

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penglibatan pasukan Angkatan Tentera Malaysia mulai semalam telah meningkatkan tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 90 peratus sebelum ini kepada 92 peratus hari ini. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 1,903 sekatan jalan raya dilaksanakan pada hari pertama kerjasama bersepadu terdiri daripada polis, ATM, Rela dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

“Sebanyak 120,615 kenderaan diperiksa pada Ahad. Ini jelas menunjukkan ada dalam kalangan rakyat yang masih gagal patuhi PKP,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Tambah Ismail Sabri, mereka yang tidak ada bukti untuk meneruskan perjalanan pada sekatan jalan raya akan diminta pulang oleh pihak berkuasa. 

Mereka yang sudah pulang kampung sebelum ini akan diminta berpatah balik jika mereka cuba kembali ke tempat asal sepanjang tempoh PKP, katanya lagi. 

Tambah Ismail Sabri, pihak polis telah membuat sebanyak 1,719 hebahan berkaitan PKP di seluruh negara pada Ahad. 

“Walaupun kadar pematuhan PKP meningkat, namun pemahaman mengenai pentingnya jarakkan kedudukan antara satu sama lain oleh pihak awam masih kurang,” katanya lagi. 

Tambah beliau mulai hari ini, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membantu memastikan jarak kedudukan antara satu sama lain sejauh satu meter dipatuhi di pasar raya. 

Kata Ismail Sabri, mesyuarat khas menteri-menteri berhubung PKP pagi ini turut memutuskan supaya pusat nembeli getah beroperasi seperti biasa kerana penoreh-penoreh getah masih bekerja seperti biasa,  

“Justeru, jika ada (pusat membeli getah) yang gagal berbuat demikian  kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas,” katanya lagi. 

Ismail Sabri berkata, mesyuarat pada hari ini turut dimaklumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bahawa bekalan makanan untuk keperluan rakyat Malaysia adalah lebih daripada mencukupi.

“Bekalan makanan adalah mencukupi dengan stok melebihi untuk dua minggu tempoh PKP,” katanya lagi. 

Tambahnya,sektor-sektor terlibat dalam industri makanan masih beroperasi seperti biasa bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan rakyat Malaysia sentiasa mencukupi.

Kata Ismail Sabri, nelayan tidak ada halangan untuk turun ke laut dan pekebun sayur boleh keluar bekerja.

“Kenderaan yang mengangkut produk makanan dibenarkan beroperasi,” katanya lagi. 

Tags: ATMperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd