• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Mekanik Mabuk, Halang Tugas Penjawat Awam

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI SIPUT – Seorang mekanik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Siput di sini, hari ini atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak COVID-19.

S Punniamurthy, 33, didakwa dengan sengaja menghalang Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput (Utara) berpangkat Deputi Superintendan yang sedang melakukan pemantauan Ops COVID-19 berhadapan sebuah rumah di Taman Orkid, di sini, kira-kira jam 10 malam Jumaat lalu.

Tertuduh yang didakwa mabuk ketika itu berada di tepi jalan berhadapan perkarangan rumah berkenaan dan enggan menunjukkan pengenalan diri sebaik diminta berbuat demikian.

Tertuduh juga didakwa bertindak menolak pegawai polis terbabit lalu meluru masuk ke perkarangan rumah sambil disaksikan beberapa anggota polis lain dan tertuduh ditahan sejurus itu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwei yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Hanis Mohd Zaini bagaimanapun memohon hukuman dikurangkan memandangkan tertuduh menyara ibunya dengan pendapatan RM1,500 sebulan, selain tidak pernah didakwa atas sebarang tuduhan mahkamah sebelum ini.

Selain itu, Nurul Hanis juga meminta pertimbangan hukuman diringankan atas alasan tertuduh mengalami masalah sakit dada di samping menyesal dan insaf dengan kesalahannya.

Norhabsarina kemudiannya menetapkan denda sebanyak RM5,000 atau penjara 10 bulan. Tertuduh membayar denda berkenaan. – BH Online

Tags: Covid-19Penjawat Awamperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd