• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Emas Korban Ke-10 Covid-19

oleh
22/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI warga emas menjadi korban terbaharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 10 kematian sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, negara turut merekodkan 123 kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 1,306 kes.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 74 kes dikesan dari kluster perhimpunan ijtimak tabligh Masjid Jamek Seri Petaling, manakala 49 kes kluster lain yang masih dalam siasatan.

“Dukacita dimaklumkan hari ini, terdapat pertambahan dua kes kematian baharu dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Kes kematian ke-10 adalah membabitkan seorang lelaki berusia 74 tahun daripada kluster tabligh, iaitu kes ke-259. Pesakit dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom dan disahkan positif pada 14 Mac.

“Pesakit diberi bantuan alatan pernafasan selepas keadaan kesihatan semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.05 petang hari ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, bilangan petugas KKM yang menjalani saringan pengesanan Covid-19 adalah seramai 460 orang dan daripada jumlah itu 270 didapati negatif, manakala baki masih menunggu keputusan.

Pagi hari ini, Dr. Noor Hisham mengumumkan kematian kesembilan membabitkan doktor yang mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

Doktor itu yang juga kes ke-890 dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac. – myMetro Online

Tags: Covid-19Ijtimak Tablighmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd