• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100,000 Topeng Muka Sumbangan China Sudah Tiba

oleh
20/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 100,000 keping topeng muka tiga lapis sumbangan oleh China tiba di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam hantaran Facebooknya berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

“Alhamdulillah, more good news! Saya baru dimaklumkan kita telah berjaya dapatkan 100,000 topeng muka daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA) yang cukup prihatin terhadap Malaysia,” katanya.

Menurutnya, syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia akan menerbangkan bekalan itu ke secara sukarela.

“Terima kasih juga kepada Air Asia kerana menerbangkan peralatan ini ke Malaysia secara percuma.

“Insya-ALLAH akan sampai pagi ini. Semoga ia berupaya membantu usaha kita dalam menangani wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, syarikat farmaseutikal terbesar, Pharmaniaga bersetuju untuk menguruskan logistik dan menyimpan topeng muka itu di gudang mereka.

“Agihan bekalan akan dibuat oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Penghantaran akan dibuat Pharmaniaga dan perkhidmatan syarikat itu adalah di bawah tanggungjawab korporat sosial. Alhamdulillah,” katanya.

Semalam, Kedutaan China di Kuala Lumpur turut menyumbang peralatan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh.

Isnin lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menerima kunjungan Duta China ke Malaysia, Bai Tian dan membincangkan usaha menangani wabak Covid-19.

Bai Tian menyatakan persetujuan untuk membantu Malaysia dengan membekalkan peralatan perubatan seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman dan lain-lain peralatan penting. – Sinar Harian

Tags: ChinaCovid-19topeng muka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd