• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejadian Bilal Dibakar Diklasifikasi Kes Bunuh

oleh
19/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kes simbah dan bakar bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat bulan lalu, akan disiasat sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Berikutan kematian mangsa, Amri Budin, 66, polis akan mencadangkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya agar kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Media melaporkan, dalam kejadian 19 Februari lalu, Amri yang tiba di perkarangan Masjid Al Hasanah pada jam 5.50 pagi untuk menunaikan solat Subuh, dikatakan disimbah petrol sebelum dibakar oleh seorang lelaki, menyebabkan mangsa rebah.

Jemaah masjid yang kebetulan ternampak kejadian itu membantu memadamkan api dengan kain sebelum menghubungi polis dan anak mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.

Polis kemudian menahan suspek kira-kira enam jam selepas kejadian berhampiran lokasi kejadian, manakala mangsa yang melecur 25 peratus dirawat di Hospital Sultanah Bahayiah (HSB), di sini.

Amri bagaimanapun meninggal dunia tiga hari lalu selepas 22 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran) kerana organ dalaman rosak. – BH Online

Tags: amri budinbilal masjidkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Masjid At-Taqwa TTDI Diboikot, Pihak Pengurusan Tampil Beri Penjelasan

Dakwaan Masjid At-Taqwa TTDI Diboikot, Pihak Pengurusan Tampil Beri Penjelasan

28/02/2026
0

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2026 — Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail menafikan dakwaan masjid itu diboikot, susulan...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd