• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Jawatankuasa Khas Menteri Ditubuh

oleh
19/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAWATANKUASA Khas Menteri berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ditubuhkan bagi menyelaraskan peranan dan tindakan kementerian terbabit dalam isu Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa khas itu dianggotai semua 19 menteri selain dibantu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Setiausaha kementerian berkaitan.

Menurutnya, jawatankuasa berkenaan sudah bermesyuarat dua kali termasuk hari ini dan ia akan diteruskan sehingga 31 Mac ini bagi memastikan pelarasan tindakan diambil dengan lancar bagi menangani wabak Covid-19.

“Dalam mesyuarat berkenaan juga, jawatankuasa khas sudah diberi taklimat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai tindakan untuk mengawal pergerakan rakyat di bandar dan luar bandar selain semua kementerian diminta membuka Hotline masing-masing agar orang ramai yang mempunyai kemusykilan mendapat jawapan yang tepat.

“Daripada laporan yang diberikan polis, hanya 60 peratus saja rakyat yang mematuhi arahan kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan.

“Jadi polis mengambil langkah berkhemah dengan menasihati orang ramai agar terus berada di rumah masing-masing tanpa keluar ke lokasi awam,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Ismail berkata, sehingga hari ini, polis sudah melakukan 504 sekatan jalan raya dengan 6,135 kenderaan diperiksa di seluruh negara.

Jika arahan pematuhan tidak dipatuhi, polis terpaksa menggunakan undang-undang dan tindakan lebih tegas akan diambil.

Selain itu, katanya, setakat ini, 4,000 lagi jemaah tabligh tidak dapat dikesan dan polis akan membantu kerajaan untuk mengesan individu yang masih belum menjalani saringan kesihatan.

“Kerajaan juga membuat keputusan supaya 89 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Indonesia akan dikuarantin sebaik pulang selain rakyat Malaysia di luar negara yang akan pulang,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail juga memaklumkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bersetuju untuk menangguhkan sementara bayaran namun peminjam diminta menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Katanya, kerajaan akan mengadakan sidang media setiap 12 tengah hari setiap hari bagi memaklumkan perkembangan terkini Covid-19 dan langkah yang diambil untuk menangani wabak ini agar rakyat lebih jelas dan faham.

Selain itu, kerajaan juga menggesa rakyat agar menggunakan perkhidmatan atas talian untuk sebarang urusan bagi mengurangkan kontak dengan orang lain agar penularan wabak ini dapat disekat dalam tempoh dua minggu. – myMetro Online

Tags: Covid-19menteri kabinetperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd