• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: 10,553 Jemaah Tabligh Diperiksa, 513 Positif

oleh
19/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling sudah diperiksa.

Sebanyak 4,986 sampel diambil dan 513 disahkan positif COVID-19 sehingga tengah malam tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu seorang jemaah berusia 34 tahun meninggal dunia pada Isnin lalu.

“Kementerian Kesihatan menyeru ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk pemeriksaan segera berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat terkini kes pengesanan kluster kes COVID-19 bagi taburan kes Jord Qudama dan Ulama Malaysia 2020 di Masjid Jamek Sri Petaling sehingga semalam, seramai 10,650 peserta tabligh dikesan membabitkan 40 markas.

Daripada jumlah itu, 10,553 sudah diperiksa dengan 4,986 sampel diambil dan 2,559 disahkan negatif manakala 513 positif.

Jadual itu juga menunjukkan seramai 659 sudah dimasukkan ke hospital manakala 6,627 di dalam pemantauan di rumah masing-masing.

Daripada keseluruhan kes itu, sebanyak 109 dicatatkan di Perlis dengan tujuh orang disahkan positif, sebanyak 323 diperiksa di Kedah dengan 31 kes positif; 143 kes di Pulau Pinang dan 28 kes positif, Perak (577 kes diperiksa, 28 kes positif) dan Selangor (1,924 diperiksa, 40 positif).

Seramai 262 diperiksa di Negeri Sembilan dengan 33 kes positif; Melaka (371 diperiksa, 17 positif); Johor (1,276 diperiksa, 53 positif); Pahang (894 diperiksa, 29 positif); Terengganu (364 diperiksa, 10 positif); Kelantan (614 diperiksa, 28 positif), Sarawak (656 diperiksa, 38 positif); Sabah (1,805 diperiksa, 91 positif), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (764 diperiksa, 75 positif) dan Labuan (41 diperiksa, lima positif). – BH Online

Tags: Covid-19masjid sri petalingtabligh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd