• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19 Terus Meningkat, 117 Kes Baharu

oleh
18/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JANGKITAN koronavirus baharu (Covid-19) terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 117 kes positif baharu dilaporkan hari ini, menjadikan 790 kes di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sehingga kini sebanyak 15 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Siasatan mendapati, daripada 117 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 80 kes berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Sebanyak 11 kes pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 60 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini, Dr. Adham berkata, semua negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diwartakan sebagai kawasan tempatan jangkitan.

Beliau berkata, ia selaras peruntukan mengikut Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sehubungan itu, katanya, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 digubal dan diwartakan.

“Peraturan ini menjelaskan perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh orang awam berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.

“Individu yang melanggar peruntukan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7(1) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sepanjang perintah kawalan pergerakan itu juga pelawat tidak dibenarkan masuk ke wad hospital kecuali bagi kes kecemasan dan sangat memerlukan.

Katanya, seorang peneman saja dibenarkan semasa temujanji klinik kecuali untuk pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan dan kes kecemasan. – myMetro Online

Tags: Covid-19koronavirusperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd