• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lafaz ‘Hayya Alassolah’ Di Dalam Azan Diperlahankan

oleh
18/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lafaz ‘hayya ‘alassolah’ (marilah bersembahyang) sewaktu azan akan diperlahankan bagi kawasan Wilayah-Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata cadangan itu telah disampaikan kepada wakil Istana Negara bagi menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

“Berhubung dengan azan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ia adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, antara cadangan lain berkaitan kaedah azan adalah: 

  • Azan tetap akan dikumandangkan seperti biasa kerana ia adalah syiar Islam. 
  • Setelah azan, mu’ azzin/bilal hendaklah berpesan, “Solatlah di rumah atau tempat kamu” dalam Bahasa Melayu kerana ia lebih difahami oleh umat Islam di Malaysia. Ini bagi meraikan beberapa hadith riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad. Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin (1/208) menghukumkan sunat bagi muazzin untuk menyebut sedemikian selepas azan.

Katanya, berdasarkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sebentar tadi, semua arahan yang dikeluarkan di peringkat negeri mestilah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun begitu, isu berkaitan agama Islam diselaraskan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri, katanya.

Berkenaan pengurusan jenazah korban COVID-19 yang beragama Islam, katanya, ia hendaklah dilaksanakan sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah itu.

Kelonggaran itu diberikan kerana ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah, katanya.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kes ke-178 dan kes ke-358 atas pemergian mereka. Pemergian mereka pada hakikatnya adalah tragedi yang memilukan buat negara,” katanya.

Tags: azanperintah kawalan pergerakanWilayah Persekutuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

Tunku Mahkota Ismail Minta Mesyuarat Ditangguhkan Hormati Azan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mengambil peluang melontarkan pelbagai kritikan dan teguran berhubung keadaan...

Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah

Pemergian Suara Azan Yang Dikenali, Ustaz Abu Bakar Sairi Kembali Ke Rahmatullah

27/03/2026
0

Oleh Mynewshub   SHAH ALAM, 27 Mac – Seorang tokoh yang dikenali melalui alunan azan yang merdu di pelbagai aplikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd