• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Khas Bincang ‘Nasib’ Rakyat Bekerja Di Singapura

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kerajaan negeri Johor akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam masa terdekat ini bagi membincangkan ‘nasib’ rakyat negeri berkenaan yang bekerja dan berulang-alik ke Singapura susulan perintah kawalan pergerakan yang diisytiharkan pada Isnin, bagi menyekat penularan COVID-19 di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Izhar Ahmad berkata, kerajaan negeri akan mengikuti perintah kawalan pergerakan yang bermula esok demi kepentingan rakyat.

Satu mesyuarat khas akan dijalankan sama ada hari ini atau esok, membabitkan agensi yang terlibat termasuk berkaitan penduduk di negeri ini yang mencari rezeki di negara jiran Singapura.

“Kita juga akan berhubung dengan kerajaan pusat bagi membincangkannya dan hasil keputusan akan diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

“Menteri Besar juga akan mengumumkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah Covid-19 terutama yang membabitkan rakyat di negeri ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Difahamkan kira-kira 100,000 penduduk di negeri ini yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di negara seberang tambak berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Johor, Baharudin Tahir ketika dihubungi Bernama menjelaskan perintah kawalan pergerakan turut tertakluk kepada mereka yang bekerja di republik itu serta berulang-alik ke Malaysia.

“Setakat ini, mengikut pemahaman saya memang ya. Jabatan Imigresen Malaysia akan memperincikannya hari ini. Sebaik siap, kami akan keluarkan arahan atau pekeliling,” katanya.

Bagaimanapun, mereka yang mahu mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi talian hotline 03-88882010 bermula dari 12 tengah hari ini.

Tags: Covid-19Kerajaan Negeri Johorrakyat johorSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Laman Facebook milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Johor supaya keluar...

“Sing Phing Tak Suka Orang Menipu, Geng Sana Fitnah Macam-Macam”

“Sing Phing Tak Suka Orang Menipu, Geng Sana Fitnah Macam-Macam”

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - "Sing Phing tak suka orang menipu. Geng sebelah sana taruh fitnah macam-macam" Demikian ulasan aktivis politik dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd