• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Muhyiddin Kurang Tindakan Hadapi Covid-19

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat kurang tindakan, fokus dan ketegasan dalam mendepani krisis penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan ekonomi ketika ini.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pihaknya turut gusar dan bimbang melihat muslihat politik masih menjadi rencana kerajaan baharu, meskipun wabak Covid-19 kini sudah diisytiharkan sebagai pandemik.

Berikutan itu, beliau menggesa Muhyiddin untuk menangguhkan segala gerak politik partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta gabungan Perikatan Nasional bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada krisis yang kini menjejaskan negara.

“Negara-negara jiran sedang dan telah mengambil langkah-langkah proaktif membendung risiko Covid-19, namun saya gusar dan bimbang melihatkan muslihat politik masih menjadi rencana utama (Perikatan Nasional).

“Sebaliknya saya merasakan kurangnya tindakan segera, fokus dan ketegasan Kabinet baharu dalam mendepani krisis kesihatan dan ekonomi kini.

“Saya menggesa Perdana Menteri (Muhyiddin) untuk menangguhkan segala gerak politik Bersatu dan gabungannya bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada krisis yang kini sedang menjejaskan warga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengumumkan sebanyak 190 kes baharu Covid-19 yang dikesan di negara ini dalam tempoh 24 jam.

Angka pertambahan kes baharu itu menunjukkan jumlah kes jangkitan Covid-19 di Malaysia naik mendadak hampir 80 peratus berbanding kes sebelumnya.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut menggesa kerajaan baharu segera mengambil langkah-langkah pembendungan kadar penularan Covid-19 seperti meningkatkan kebolehupayaan sistem kesihatan kita bagi mengatasi kemungkinan jumlah pesakit besar melibatkan pesakit-pesakit kritikal dan memulakan langkah-langkah rangsangan ekonomi.

Menurutnya, kerajaan juga harus mengemukakan pertimbangan serius dalam memperketatkan penutupan kegiatan-kegiatan perniagaan dan kedai-kedai buat sementara waktu bagi melumpuhkan penularan wabak ini.

“Kerajaan mesti segera menguatkuasakan peraturan-peraturan dalam meningkatkan jarak sosial (social distancing) termasuk arahan jelas seperti menghentikan perhimpunan yang melibatkan orang ramai dan menangguhkan sekolah-sekolah serta segala kegiatan keagamaan untuk sementara waktu.

“Para majikan, baik di sektor awam ataupun swasta harus membantu dalam melaksanakan polisi kerja dari rumah secepat mungkin.

“Selain itu, larangan tambahan terkait perjalanan antarabangsa mesti diperketatkan dengan kemungkinan besar penyebaran Covid-19 dari negara-negara lain di samping menggalakkan penggunaan platform e-dagang dan e-penghantaran untuk mengelakkan orang ramai dari tempat awam,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimCovid-19krisis ekonomiMuhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd