• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Wang RM210, Pengawal Keselamatan Dipenjara 6 Bulan

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat mencuri wang tunai RM210, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas Faridzul Awang Bahari, 30, setelah dia mengaku bersalah mencuri wang tunai milik Nur Aisyah Abdul Ghani, 27, seorang kakitangan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Faridzul, yang juga bekerja di ITBM, didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma ITBM di Wangsa Maju di sini pada 7.30 malam, 1 Mac lepas.

Ashraf Rezal memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh Faridzul ditangkap pada 3 Mac.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah dipenjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, mangsa kehilangan wang tunai RM210 yang disimpan di dalam laci berkunci.

Selepas melihat rakaman kamera litar tertutup, Faridzul didapati mencuri wang itu dengan membuka laci menggunakan kunci yang disorok di dalam rak alat tulis.

Faridzul, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak mampu dan berjanji memulangkan duit yang dicuri itu, namun Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal. – BERNAMA

Tags: Kes Curipengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd